Ogos 04, 2011

Di Sebalik Sabar..

ASSALAMUALAIKUM..

   Sabar itu sesuatu yang manis, tetapi untuk mencapai tahap kemanisan memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.
   Dalam Al-Quran ada digariskan firman Allah yang bermaksud "Jika seseorang itu ditimpa musibah maka dia mesti mengucapkan: Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jugalah tempat kita kembali." (surah Al-Baqarah 2:156)

Lima yang perlu direnungi:
S: Sayang akan Allah.
A: Amalkan sifat mahmudah.
B: Beramal walaupun ia sedikit tetapi berterusan.
A: Al-Quran dan Sunnah sentiasa di hati.
R: Redha atas semua ketentuan Allah.

Lima yang perlu dijauhi:
S: Syaitan.
A: Angkuh dan sombong.
B: Bersifat negatif.
A: Angan-angan yang melalaikn.
R: Riak.

Untuk menjadi insan yang rabbani tidak semudah memetik jari. Namun kita perlu sentiasa bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Rabbal A'lamin. Kita juga perlu percaya kepada qada' dan qadar Allah kerana itu adalah satu daripada sifat wajib bagi kita yang bergelar muslim. Sabar itu sebahagian daripada iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan