Ogos 24, 2011

Mulut Pencetus Dosa Atau Doa???


ASSALAMUALAIKUM..

Biasa kita dengar "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". itulah perumpamaan orang melayu yang banyak mengajar kita supaya berhati-hati semasa berbicara. oleh sebab itu, orang melayu lebih dikenali dengan sifat sopan santunnya..

namun begitu, terdapat sebilangan masyarakat kita yang tidak sayang mulut, suka cakap lepas, suka mereka cerita, suka mengumpat dan suka menabur fitnah. mereka ini seolah-olah suka melihat penderitaan orang dan langsung tidak menepati perumpamaan kita itu.


Mulut Amanah Allah
mulut ini juga adalah dikenali sebagai lidah. lidah merupakan salah satu daripada tujuh anggota yang Allah amanahkan kepadanya untuk dimanfaatkan dan dijaga dengan baik. mulut atau lidah sebagai contoh diamanahkan untuk membaca Al-Quran, bercakap perkara baik dan menyampaikan ilmu. 
tetapi realitinya, manusia menyalahgunakan amanah ini. apabila manusia tidak menjaga amanah, mulut itu akan menjadi alat pemusnah kebahagiaan masyarakat.



Tidak Sayang Mulut?
kita mungkin tidak hairan dengan ahli politik dengan setiap ucapannya boleh mnyakitkan hati parti lawan. ucapan yang berbentuk fitnah sudah menjadi asam garam dalam politik. demikian juga sifat dua insan yang berebut kuasa dan sebagainya. kata mengata antara satu sama lain sudah menjadi lumrah. persoalannya, adakah dengan mengata orang, pihak satu lagi boleh insaf dan taubat?? tidak sama sekali, malah mereka akan bertambah jauh. jadi, tiada faedahnya berbuat begitu..
selain itu, wanita juga antara golongan yang kurang prihatin soal menjaga lidah atau mulut. menurut kajian, wanita bercakap lebih banyak perkataan sehari berbanding lelaki. namun antara perkataan yang keluar itu, kita tidak pasti berapa banyak pula yang digunakan untuk menuduh dan memerli orang lain dalam gurauan. barangkali sedikit sahaja kata-kata yang berunsur nasihat.


Mulut Isteri Mencetuskan Doa
kebanyakan isteri tidak sedar mulutnya pencetus keruntuhan rumah tangganya. ini kerana setiap ungkapan lidah itu merupakan doa. doa itu pula akan dimakbulkan Allah apabila sering diulang berkali-kali. 
"SMS lagi, perempuan mana tu??"
"Tu nak telefon janda mana tu??"
"Balik lewat lagi, dating la tu???"
itulah dialog yang sering diungkapkan seorang isteri apabila cemburu. bayangkan jika setiap ungkapannya menjadi doa dan doa itu diaminkan oleh suaminya. pasti doa itu akan dimakbulkan Allah. 


Allah Makbulkan Doa Yang Serius
"Abang jangan rapat sangat dengan ustaz tu, nanti berjangkit pula." kebetulan ustaz itu baru berkahwin buat kali kedua. 
mengapa digunakan lidah untuk mendoakan suami untuk perkara yang negatif?
jika buruk yang diucapkan maka buruk yang akan diperoleh. jika pologami yang dibayangkan maka poligami yang diperoleh. tetapi jika secara diam kita berdoa kepda Allah agar diselamatkan rumah tangga, dikuatkan iman suami, tentu lebih baik. 
oleh itu, jika melihat suami berbual dengan wanita lain, jangan terus mengesyaki dia curang, tetapi doakan keselamatan iman suami. 

jelas disini, mulut anda amat berharga untuk mencipta rumah tangga bahagia.
maka tidak syak lagilah perumpamaan melayu kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa adalah sebahagian daripada ajaran islam...

Ogos 04, 2011

Di Sebalik Sabar..

ASSALAMUALAIKUM..

   Sabar itu sesuatu yang manis, tetapi untuk mencapai tahap kemanisan memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.
   Dalam Al-Quran ada digariskan firman Allah yang bermaksud "Jika seseorang itu ditimpa musibah maka dia mesti mengucapkan: Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jugalah tempat kita kembali." (surah Al-Baqarah 2:156)

Lima yang perlu direnungi:
S: Sayang akan Allah.
A: Amalkan sifat mahmudah.
B: Beramal walaupun ia sedikit tetapi berterusan.
A: Al-Quran dan Sunnah sentiasa di hati.
R: Redha atas semua ketentuan Allah.

Lima yang perlu dijauhi:
S: Syaitan.
A: Angkuh dan sombong.
B: Bersifat negatif.
A: Angan-angan yang melalaikn.
R: Riak.

Untuk menjadi insan yang rabbani tidak semudah memetik jari. Namun kita perlu sentiasa bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Rabbal A'lamin. Kita juga perlu percaya kepada qada' dan qadar Allah kerana itu adalah satu daripada sifat wajib bagi kita yang bergelar muslim. Sabar itu sebahagian daripada iman.

Julai 29, 2011

Wanita Dan Aurat...

ASSALAMUALAIKUM...
(baru2 ni terbaca artikel daripada ustaz Hj Zaharuddin mengenai aurat wanita...sy rase interesting, so ingin share lah dgn semua supaya kita saling ingat memperingati..)


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)




Julai 22, 2011

Bulan Barakah

ASSALAMUALAIKUM..
muke glamor time puase n raye..



seperti yg sedia mklum, ramadhan bakal mnjelma x smp pun sepuluh hari lg...kn?? dah terase bahang nye kn?? bulan ramadhan ni juga bulan yg penuh berkat, segala amaln kita akn digandakn sbyk2 nye...insya'Allah...hnye trpulang kpd individu itu sniri lah, nk buat ke x...kn??
tp, saye di sini bkn brtujuan untuk membicarakn psl buln ramadhan ini selanjutnya kerna rata2 kita semua da tau psl bln ramadhan kn?? (tp, kalau blh, mmg saye ingin pun..) jd, di sini sye cume nk sharekn beberape bntuk2 sms yg org skarang ni slalu kirim bila mnjelang nye buln ramadhan...jika dahulu cuma sekadar ucapan "selamat berpuasa"...tp sekarang...mcm2 stail ada...jom kita tgk...

ucapan yg mnyentuh jiwa... 

Nama saya Syaa'ban.. Saya ingin mengingatkan bahawa jiran saya Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar.... 
Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakat dan Keampunan... 
Mereka akan pulang menaiki pesawat penerbangan Eid-Airlines...Hargailah mereka...

ucapan yg santai...

2, 3 kucing berlari,
Kucing berlari using their kaki,
Tomorrow fasting start already,
Don't eat di siang hari...Selamat berpuasa...
ucapan pantun moden..
 
Anak Ketam Belajar Berjalan,
Matanya Tanggal Digigit Lipan,
Selamat Datang Bulan Ramadhan,
Selamat Tinggal Hantu dan Setan...Salam Ramadhan al-Mubarak...

ucapan yg unik...
 
KHAMIS cari JUMAAT,
nak tanya nampak tak SABTU,
agar ingatkan ISNIN bagitau,
ISNIN supaya jangan lupa,
mesej kat SELASA yang,
RABU dah puasa...Selamat Menyambut Ramadhan...

itulah contoh2 ucapan yg kite selalu dpt...tahun ni yg mcm mane pula ye??
P/S: nnt jgn puase yangyok yee!!
(da abes qada' puase ke belumm??? ooppsss...)

Julai 21, 2011

''aku kerat jari aku''

CERITA CUCU DAN NENEK.


cerita ini terjadi  ketika seorang cucu dan neneknya sedang berbual2 di beranda rumah di suatu petang yang nyaman,hening dan macam2 la keadaan petang tu.susah hendak diungkap dengan kata2.


cucu : nenek,saya kan da pandai masak ikan keli beraroma masak gulai bertumis berlada.hehe

nenek : kecik2 lagi da pandai menipu.tak mungkin kau da tahu masak resipi terulung warisan keluarga kita sejak zaman berzaman tu.

cucu : saya tak tipu la nek.penat taw saya cuba masak resipi tu.berhari-hari saya cari bahan, buat kajian macam mane nak masak.tapi nenek kata saya tipu.sedih saya.

nenek : kau x payah buat cerita sedih la ye.nenek tetap tak percaya.nenek sanggup KERAT JARI NENEK untuk membuktikan yg nenek tak percaya dengan cerita kau tu.nenek dulu pun bertahun-tahun kot nak belajar.

cucu : ye lah nek.suka hati nenek la tak nak percaya cakap saya.yang penting saya tak tipu nenek.jangan sampai saya suruh nenek kerat jari betul2 kalau saya tak tipu nenek.

nenek : nenek tetap tak percaya

cucu : suka hati nenek lah.


lalu,cucu tu pun berlalu pergi meninggalkan neneknya keseorangan di beranda.sedikit perasaan kecewa terpalit di lubuk sanubarinya.ye la.sampai hati nenek die kata die tipu.padahal,die cakap betul kot.punya lah penat dia masak lauk tu.dan lagi satu,si cucu ni memang tak berapa suka kalau orang guna bahasa yang terlalu hyperbola macam yang digunakan nenek dia ni.aku pun sependapat dengan cucu dia ni.aku memang tak berapa suke kalau orang terlalu hyperbola dalam percakapan.aku akui,hyperbola tu salah satu keindahan bahasa,menyedapkan lagi puisi2 supaya menjadi lebih puitis,tapi kalau orang cakap dalam percakapan harian,macam tak kena pulak kan.nanti orang lain label kau cakap tak serupa bikin.so,kalau nak bercakap tu beringat2 sikit la ye.buat nya cucu tu kerat jari nenek die betul2 kan susah.boleh je nak ber-hyperbola dalam percakapan,tapi agak2 sikit la kan.cuba nenek die tu cakap macam ni,'' nenek sanggup buat kenduri kalau betul2 kau dah pandai masak lauk tu,''.kan sedap sikit dengar kan?kalau buat betul2 pun ok ape.buat kenduri tu benda yang baik.dari cakap nak kerat jari sendiri kan??orang yang dengar pun sakit hati kot.macam nak kerat je betul2 jari orang yang cakap tu.hehehe.

Julai 14, 2011

Kehadiran Nisfu Sya'ban

ASSALAMUALAIKUM and PEACE BE UPON YOU..



Secara sedar x sedar, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Sya'ban...ini juga bermakna Ramadhan semakin menghampiri..
Namun begitu..marilah kita menjenguk sejenak tentang Nisfu Sya’ban yang masih menjadi kesamaran bagi sesetengah masyarakat kita pada hari ini.

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. 
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.
Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Jadi..marilah kita mengambil kesempatan khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan.Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Julai 13, 2011

jangan nak berani sangat la kan.

semalam aku tengok berita.BULETIN UTAMA,TV3,pukul 8.aku ni tak de la minat sangat tengok berita.just tengok macam tu je.at least aku tengok berita.then,telinga aku tetiba rase tertarik pasal satu berita yang dibacakan tu.pasal hukuman yang dikenakan ke atas seorang remaja lelaki sebab merogol seorang remaja perempuan.aku bukan tertarik sebab kes tu kes rogol.kes rogol tu benda biase.boleh dikatakan hari2 keluar berita.tapi aku tertarik sebab macam mane perempuan tu boleh kenal lelaki yang rogol die tu.kalau korang nak tau,perempuan tu kenal lelaki yang rogol die tu dari facebook je.lepas kenal,diorang pun keluar bersame.and perempuan tu kena rogol mase 1st time keluar dengan lelaki tu!

jangan rase ape yang kita fikir tu same dengan ape yg orang lain fikir
terkejut aku.bukan sebab lelaki tu rogol perempuan tu.tetapi atas keberanian yang ditunjukkan oleh perempuan tu.bagi aku la kan,perempuan ni memang berani.tapi,salah tempat nak tunjuk berani.kalau berani sebab mempertahankan negara ke or berani sebab menjaga maruah keluarga,memang aku salute.tapi kalau berani sangat nak keluar dengan orang yang just kenal dari fb je,aku tak pandang la.alahai.senangnye perempuan ni nak percaye kat orang.

zaman sekarang ni,bukan senang nak beri kepercayaan dekat orang lain.kawan baik sendiri pun boleh tikam kite.tak kisah la tikam dari depan or belakang.tapi,aku rase kawan2 aku baik.and korang semua mesti pernah dengar cerita pasal ayah tiri rogol anak tiri,cucu dirogol datuk sendiri,abang bertopeng syaitan and macam2 lagi la.memang benda ni semua kite tak sangka boleh berlaku,tapi ia bukan sesuatu yang mustahil.so,kita kenalah berhati2 and fikir betul2 sebelum nak buat sesuatu tindakan tu.janganlah jadi macam perempuan kat atas tu.memang menyesal tak sudah kot kalau dah jadi macam tu.aku doakan korang semua terhindar la dari perkara2 macam ni.and akhir sekali,satu je pesanan aku,*untuk diri aku juga,

JANGAN NAK BERANI SANGAT LA KAN.