Julai 05, 2011

berilah sokongan

Assalamualaikum.nama saya ahmad.kat sini saya nak kongsi sedikit cerita hidup saya.cerita hidup saya ni tak ade lah menarik sangat.terpulanglah kepada anda semua kalau nak bace atau tak.saya ni bukan lah pandai sangat.belajar pun takat spm je.bukan saya tak berusaha,tapi agaknye memang saya ni dah ditakdirkan jadi bodoh.agaknye lah.walaupun saya ni tak pandai sangat macam orang lain,saya nak juga rase berjaya dalam hidup,dikenali dan disanjungi.penat saya berfikir.macam mane saya nak berjaya macam orang lain walaupun ilmu tak setinggi mane.akhirnya saya buat keputusan,saya nak cuba bercucuk tanam.ataupun lebih tepat lagi,saya nak jadi seorang petani.saya tak pasti sama ada saya boleh berjaya dengan cara ni atau tak.tapi,kita tak kan tahu hasilnya selagi belum mencuba.keluarga saya ade sebidang tanah terbiar dekat hujung kampung.dah lame tanah tu terbiar je.sejak kematian ayah.orang kata,banyak manfaatnya kalau kita berbudi kepada tanah.jadi,saya nekad.saya akan usahakan tanah tu.

Saya beritahu hasrat saya ni kepada kawan2 saya.mungkin mereka nak ikut serta dengan rancangan saya ni.dari mereka duduk melepak kat tepi simpang sambil main gitar n ngorat awek2 kilang yg lalu kat situ.bukan senang nak usahakan sebidang tanah yg luas sorang2.malangnye,usaha saya ni dipandang jengkel oleh mereka.mereka kate saya ni mengarut.kuat berangan dan macam2 la.tapi tak ape.saya tak kisah mereka nak cakap ape.saya tetap dengan impian saya ni.saya pasti saya akan berjaya suatu hari nanti.cuma saya belum tahu lagi bila masanye akan tiba.saya tak faham dengan masyarakat kita ni.kalau seseorang tu nak mencuba sesuatu yg baru,mereka semua bukan nak bagi sokongan.tapi pandang rendah dekat orang tu."boleh ke kau nak buat??".tu lah yg mereka tanya kat saya.saya sangat mengharapkan mereka kata macam ni,"amad,aku harap kau berjaya la nanti.usaha sikit2,nanti lame2 jadi bukit.aku doakan kejayaan kau".tapi ni semua angan2 saya je.tak ade sorang pun kawan saya yang nak cakap macam tu kat saya.tak ape la.biar lah mereka semua tu.tunggulah suatu hari nanti........

10 tahun sudah berlalu.sekarang ni saya dah jadi seorang petani yang berjaya.memang la saya ni kerja jadi petani je.tapi,siapa kata kalau kerja jadi petani tak boleh berjaya?rezeki tu ada di mana2.dan Allah yang beri rezeki tu.sebagai hamba-Nya,kita kena lah berusaha untuk memperoleh rezeki yang halal.kawan2 saya yang pandang rendah kat saya dulu pada awalnye malu nak berjumpa saya.mereka tak sangka saya boleh berjaya sehingga ke tahap ni.tapi saya dah lupakan semua kisah lame tu.mereka pun dah minta maaf kat saya sebab pandang rendah kat saya dulu.saya ajak mereka sertai saya.saya pun nak mereka sama2 berjaya dengan saya.

saya harap kepada yang membaca cerita saya ni,sedar,janganlah kita memandang rendah dekat orang yang ingin mencuba sesuatu yang baru.lebih2 lagi,benda yang ingin dicubanya tu benda yang berfaedah.tapi kalau tak berfaedah,janganlah sokong sebaiknya beri nasihat dan teguran yang baik.saya nak masyarakat kita hari ni,buka mata mereka seluas2 nya kerana benda ni perkara biasa yg selalu terjadi dalam masyarakat kita.memang nampak kecil je,tapi kalau dibiarkan boleh menjadi teruk dan merosakkan masyarakat kita sendiri.tu sahaja cerita saya.terima kasih sebab sudi baca dan bersedialah lakukan perubahan.:)

*cerita ni hanyalah rekaan semata2.tidak kena mengena dengan yg masih hidup atau telah meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan