Julai 11, 2011

kenapa nak hantaran kahwin mahal?

hari ni hari yg bersejarah buat siti n ali sebab mereka akan bertunang.bertungkus lumus jugak siti berminggu2 semate2 nak siapkan hantaran.tak sabar rasenye hati nak tunggu waktu zohor.bukan sebab die nak sembahyang zohor,tapi sebab majlis tu start after zohor.siti pun bersiap2 lah pakai baju cantik2 untuk majlis pertunangan die tu.


tepat pukul 215 pm,rombongan ali pun sampai la ke rumah siti.maka sesi pantun memantun pun bermula.tapi tak sempat la nak tulis.banyak sangat dan kebanyakan pantun yg digunakan ialah pantun lapan kerat.hebat betul bm mereka2 ni.tapi aku just nak highlight pantun time minta hantaran je la.7 baris bunga2 pantun kat atas tu pun banyak sangat.tapi isi pentingnya cuma DUIT HANTARAN RM30,000.


pihak lelaki sangat2 lah terkejut dengan permintaan pihak perempuan tu.tapi nak buat macam mane.dah ali tu terlampau tergila2 kan siti.jadi,terpaksa lah diikutkan je.selepas majlis pertunangan tu habis,kecohlah satu kampung rambutan kuning.lagi2 kampung ni dihuni oleh ramai wanita2 yang bermulut joyah.pok pek pok pek la mereka tak kire mase same ade mase ampai kain,menyapu laman,bagi makan ayam dan sebagainye lah menceritakan tentang keluarga siti minta hantaran melampau tinggi.mak cik timah,iaitu jiran yg rumahnye paling dekat dengan rumah siti mengupdate status di facebook miliknye yang berbumyi begini "melampau la family siti ni.siti tu kerja kat cashier kat the store je pon.belajar pun takat spm je.tu pun ntah lulus ke tak.mintak hantaran melampau2,mizz nina pun 10k je pun.lagi hot".ramai betul friend mak cik timah yg rata2 nye penduduk kampung rambutan kuning menge-like statusnya tu.nasib baik la family siti  tak ade fb.kalau tak,kan da berperang.


situasi macam ni bukan lah perkara biasa dalam masyarakat kita.n aku tak setuju kalau perempuan tu minta hantaran yang terlampau sangat.tak semestinye hantaran kau mahal,kau punye rumah tangge tu bertahan ke akhir hayat.n korang sume pernah dengar tak pasal pasangan Datuk Roslan Hashim and Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan.Perkahwinan diorang mmg menggemparkan negara sebab hantaran die RM444,444.44 n dikatakan paling mahal kat malaysia.Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan turut menerima mas kahwin berjumlah RM22,222.22 serta 22 barangan hantaran termasuk kereta BMW-320i berharga RM250,000, set barangan kemas berharga RM150,000; jam tangan mewah jenama Rolex bernilai RM25,000, cincin (RM20,000), beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.banyak gile kan?tapi sayangnye pasangan ni dah pun bercerai.mungkin sebab jodoh mereka tak panjang.aku tak kisah la hantaran die mahal maybe sebab ex-husband die tu kaye sangat.tapi kalau macam kes siti ni,xpayah la.buat dosa orang mengumpat je.n menyusahkan bakal suami die tu.
Dalam riwayat Ahmad:

“Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no. 24595)
kesimpulannya senang je.tak payah la nak minta hantaran mahal2 sangat sebab hantaran yang mahal bukanlah JAMINAN KEBAHAGIAAN.

2 ulasan:

  1. leya kawen nnt leya nak berape harge hantaran kawen leya tu??? haha

    BalasPadam
  2. kalau budak lepasan SPA je , boleh mintak 10k tak agak agak ? nak buat wedding kat garden lagi . HAHA . nice entry guys ! :)

    BalasPadam