Julai 06, 2011

Wanita Syurga...

ASSALAMUALAIKUM and PEACE BE UPON YOU..
(i found this book and i thought that it is quite interesting..so im going to share it with u all..and maybe this will be the intro..)


Umat Islam hari ini telah melalui sejarah jatuh bangunnya. Di sebalik sejarah itu, terdapat wanita yang memainkan peranan. Mereka ini berperanan secara terang-terang atau di belakang tabir.

Ketika Umat Islam menjunam ke bawah, wanitanya bangkit sebagai pemimpin di barisan hadapan. Tidak hairanlah hari ini bahawa ramai wanita Islam telah berjaya menjadi tulang belakang sesebuah negara.
Walau apa pun, wanita itu masih memerlukan perhatian lelaki bimbingan dari mereka. wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki yang bengkok, jika ia tidak dididik dengan baik ia akan terus bengkok, jika ia diperlakukan dengan kejam ia akan terus patah.

Walaubagaimana pun, kepentingan wanita itu dalam masyarakat Islam adalah dari golongan wanita yang dapat mendidik dirinya dan mengawal nafsunya dengan lebih baik menurut syariat Islam.

Mungkin ramai wanita dipersalahkan jika berlaku sesuatu kemungkaran dalam masyarakat, tetapi kadang-kadnag masyarakat lupa yang menjadikan wanita itu terjerumus adalah dari kesalahan lelaki sendiri yang tidak dapat mendidik wanita dengan baik.

Jika terjadi masalah sosial yang teruk maka wanitalah yang menjadi punca segala maksiat itu. Tetapi kita harus membuka mata dengan lebar siapakah yang membangunkan sarang-sarang maksiat itu jika bukan kaum lelaki? Siapa yang membayar harga kaum wanita itu jika bukan lelaki? Siapa yang membiarkan wanita itu menderita tidak bersuami, jika bukan lelaki??

Kerjasama dari semua pihak adalah amat penting untuk menghasilkan satu keseimbangan yang baik dalam apa jua keadaan agar wanita Islam dapat dihormati dan dapat berbakti kepada bangsa, negara dan agama.

Sesungguhnya jika baik wanita itu, maka baiklah sesebuah negara..


2 ulasan: